Monday, June 4, 2012

ku ditinggalkan dengan sebuah teka-teki..

 Sudah beberapa hari berlalu, 
tapi fikiran ini masih memikirkan teka-teki yang diberikan...
entah mengapa tidak dapat melupakan apa yang dikatakan..
diri ini cuba meneka..
tapi takut jawab yang difikirkan ini bertentangan dengan jawapan yang dimahukan..

perkataan itu sentiasa terimbau-imbau dimata...
"...........KECUALI..........."
satu perkataan ini 
perkataan ini.......

dulu pernah berbicara tentang perkara yang seumpama ini diakhirnya
ku teka kali ini, agar perkara yang sama juga dimahukan...
tapiiii....
ku x pasti sama ada betul atau tidak

fikiran ini berbicara "YA" betul jawapan yang difikirkan ini
tapi hati berbicara masih tidak pasti...
adakah itu BENAR atau SALAH

kadangkala hati ini tidak pasti perasaan apa yang ada..
kadangkala juga rasa macam tiada apa-apa..
tapi bila kata tiada apa-apa macam pelik bunyinya...

sampai sekarang masih tidak pasti..
istikaharah telah dilakukan
ada juga bayangan yang telah diberikan 
tapi masih tidak jelas...

"adakah diri ini serius untuk bersamanya..."
soalan itu sentiasa bermain difikiran..
ku takut dia bukan diciptakan untukku..
dia juga takut ku bukan diciptakan untuk dia

ini bermakna hati kami mahu bersatu...
tapi ku tidak mahu hati ini bersatu atas dasar nafsu..
tapi ku mahu bersatu atas nama Tuhan yang Maha Esa..
iaitu Allah SWT....


Ya Allah
ku bermohon kepadaMu..
Kau satukanlah hati-hati kami diatas keredhaanMu..
andai benar dia diciptakan untukku, dan ku diciptakan untuknya
maka Kau jagalah hubungan antara kami..
jagalah hati-hati kami agar terhindar daripada maksiat..
andai sudah tiba masa nya Kau tunjukkan lah kami jalannya..
agar ku dan dia tidak melakukan perkara yang bersalah....
agar kami sentiasa meletakkan cinta yang PERTAMA itu kepadaMu Ya Allah...


Ya Allah
ku bermohon Kau lindungilah kami..
andai dia bukan diciptakan untukku, dan ku bukan diciptakan untuknya
Kau kuatkan hati kami agar dapat menerima ketentuan yang telah ditetapkan olehMu..
padaMu Ya Allah ku mohon segalanya...

untukku redakan keadaan...
lirik ini amat bermakna bagiku...

istikharah memanggilku
memohon petunjukkMu
satu nama teman setia
naluri ku berkata 
dipenantian luahan rasa
teguh satu pilihan 
pemenuh separuh nafasku
dalam mahabbah rindu....


Insyaallah...:-*








No comments:

Post a Comment