Friday, September 21, 2012

DIRECTOR yang HEBAT

Alhamdulillah..
rasanya sudah lama jari ini tidak menekan papan keyboard ni.. '
lama sudah luahan rasa hati tidak diluahkan..
mungkin masa tidak mengizinkan...

pada hari itu ku rasakan amat bermakna..
ini bukan bermaksud hari2 lain tidak bermakna..
hari itu sangat istimewa..

pagi itu, seusai mempersiapkan diri
tiba2 hati ini terdetik... "mengapa diri ini masih dibangkitkan pada hari ini..? pasti ada sesuatu yang Allah nak beri".. ini juga bukan bermakna hari lain Allah tidak memberi apa2.. 

pagi itu, diri ini berkata "setiap hari baru yang Allah berikan pada kita pasti ada ceritanya yang tersendiri".
diri ini rasa kata2 ini sangat memberi perangsang pada hari2 yang mendatang..
diri ini lebih mempercayai bahawa setiap apa yang berlaku adalah ketentuan daripadaNya... setiap cerita itu dariNya..

selama ini, diri ini hanya rasa semua yang terjadi hanyalah secara KEBETULAN.. tapi hakikatnya adalah semua itu TAKDIR dari Allah SWT..

selepas hari itu berlalu.. diri ini dapat merasakan bahawa cerita yang dikarang olehNya amatlah menarik...
walaupun kadangkala ada diselitkan dengan dugaan atau cabaran., namun semua itu pelengkap bagi sebuah cerita... jika tidak begitu, tidak menarilah kehidupan yang dilalui... 

InsyaAllah setiap hamba itu Allah telah sediakan cerita masing2..
moga hari2 yang berlalu itu, menjadikan kita hamba yang sentiasa mengingati Allah dalam mencari keredhaanNya..
untuk menjadi hamba yang mendapat keredhaanNya perlulah IKHLAS dalam setiap perbuatan..


InsyaAllah, Allah tidak lihat pada HASIL.. Allah lihat pada USAHA...

                    ALLAH lah DIRECTOR yang HEBAT itu...