Wednesday, April 24, 2013

Rindu yang tersimpan dikalbu

setiap saat yang berlalu...
adakah kau merasakannya...?
setiap minit yang berlalu...
adakah kau merasakannya...?
setiap jam yang berlalu...
adakah kau merasakannya...?
ku pasti kau juga merasakannya..

hari berganti hari
minggu berganti minggu
bulan berganti bulan 
tahun berganti tahun
namun saat itu adakah masih diingatanmu...?
ku pasti masih diingatanmu.. 

kurindu,
saat menatap wajahmu
wajahmu membuatkanku sering teringat akan tanggungjawabku..
kurindu,
saat kita berbicara tentang apa peranan kita, 
dikala seronok berbicara sampai masa yang berlalu sungguh pantas itu tidak disedari
semua saat-saat itu kurindu..

hari demi hari 
ku biarkan rindu ini..
ku biarkan ia...
tidak pasti apa yang perlu dibuat..

namun diri ini percaya saat itu akan kembali bercahaya semula..
In Shaa Allah..

buat sahabat yang dirindui dan yang disayangi...
ku doakanmu semoga terus thabat dalam jalan ini...
ku doakan semoga menjadi seorang muslimah yang hebat dalam memperjuangkan Syahadatul Haq...

jika kau melihat diriku jatuh lemas 
bantulah aku..

masa akan tetap berlalu..
apa pun yang terjadi..
ku mengucapkan kepadamu 
"Jazakillah Khairankhathiran"
Allah sahaja yang dapat membalas jasamu.. In Shaa Allah..

kata-kata cinta yang diluahkan kadang kala tidak sama apa yang dirasakan dalam hati..
hanya pemilik sebenar hati ini yang mengetahui sebesar mana sayangku padamu..

segala urusan ku serahkan kepada yang Maha Esa.. 
:)
~doarabitah~
[8:63]

 

Sunday, March 10, 2013

2 DeKaT

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatu..

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah kerna masih diberi peluang utk sampai kpd umur ini..
Masakan ada yang mengatahui umur ny sampai brapa tahun..
Alhamdulillah Allah mengizinkan utk merasai nikmatNya lagi..

Ini merupakan kali ke2 tidak bersama2 ahli keluarga utk menyambut bersama..
Walaupun keluarga jauh di sana dan diri ini berada diperantauan orang, namun hakikatny dri ini tidak keseorangan.. Masih ada sahabat2 yang sentiasa menjadi tulang belakang juga pemberi semangat..

Alhamdulillah,
Mereka telah memberi suatu "KEJUTAN" yg sangat bermakna buat dri ini..
Mereka sangup menunggu dri ini yg sudah kelewatan menghadiri majlis..
Aseef jiddan kepada semua..
Walau apa pun utk semua jazakillah khairan khatiran..

Alhamdulillah,
Ukhuwah yang kita bina selama ini, semoga ia ny diberkati dan diredhai Allah..
In Shaa Allah..
Semoga Allah tautkan hati kita bersama dan terus thabat untuk meniti hari-hari berikutnya..
Semoga dengan bertambahnya umur ini, iman juga akan bertambah.. In Shaa Allah..

Terima kasih...谢谢... Jazakumuallah utk antunna semua..
Ana uhibbu antunna.. ♥♥♥




Friday, September 21, 2012

DIRECTOR yang HEBAT

Alhamdulillah..
rasanya sudah lama jari ini tidak menekan papan keyboard ni.. '
lama sudah luahan rasa hati tidak diluahkan..
mungkin masa tidak mengizinkan...

pada hari itu ku rasakan amat bermakna..
ini bukan bermaksud hari2 lain tidak bermakna..
hari itu sangat istimewa..

pagi itu, seusai mempersiapkan diri
tiba2 hati ini terdetik... "mengapa diri ini masih dibangkitkan pada hari ini..? pasti ada sesuatu yang Allah nak beri".. ini juga bukan bermakna hari lain Allah tidak memberi apa2.. 

pagi itu, diri ini berkata "setiap hari baru yang Allah berikan pada kita pasti ada ceritanya yang tersendiri".
diri ini rasa kata2 ini sangat memberi perangsang pada hari2 yang mendatang..
diri ini lebih mempercayai bahawa setiap apa yang berlaku adalah ketentuan daripadaNya... setiap cerita itu dariNya..

selama ini, diri ini hanya rasa semua yang terjadi hanyalah secara KEBETULAN.. tapi hakikatnya adalah semua itu TAKDIR dari Allah SWT..

selepas hari itu berlalu.. diri ini dapat merasakan bahawa cerita yang dikarang olehNya amatlah menarik...
walaupun kadangkala ada diselitkan dengan dugaan atau cabaran., namun semua itu pelengkap bagi sebuah cerita... jika tidak begitu, tidak menarilah kehidupan yang dilalui... 

InsyaAllah setiap hamba itu Allah telah sediakan cerita masing2..
moga hari2 yang berlalu itu, menjadikan kita hamba yang sentiasa mengingati Allah dalam mencari keredhaanNya..
untuk menjadi hamba yang mendapat keredhaanNya perlulah IKHLAS dalam setiap perbuatan..


InsyaAllah, Allah tidak lihat pada HASIL.. Allah lihat pada USAHA...

                    ALLAH lah DIRECTOR yang HEBAT itu...




Monday, June 4, 2012

ku ditinggalkan dengan sebuah teka-teki..

 Sudah beberapa hari berlalu, 
tapi fikiran ini masih memikirkan teka-teki yang diberikan...
entah mengapa tidak dapat melupakan apa yang dikatakan..
diri ini cuba meneka..
tapi takut jawab yang difikirkan ini bertentangan dengan jawapan yang dimahukan..

perkataan itu sentiasa terimbau-imbau dimata...
"...........KECUALI..........."
satu perkataan ini 
perkataan ini.......

dulu pernah berbicara tentang perkara yang seumpama ini diakhirnya
ku teka kali ini, agar perkara yang sama juga dimahukan...
tapiiii....
ku x pasti sama ada betul atau tidak

fikiran ini berbicara "YA" betul jawapan yang difikirkan ini
tapi hati berbicara masih tidak pasti...
adakah itu BENAR atau SALAH

kadangkala hati ini tidak pasti perasaan apa yang ada..
kadangkala juga rasa macam tiada apa-apa..
tapi bila kata tiada apa-apa macam pelik bunyinya...

sampai sekarang masih tidak pasti..
istikaharah telah dilakukan
ada juga bayangan yang telah diberikan 
tapi masih tidak jelas...

"adakah diri ini serius untuk bersamanya..."
soalan itu sentiasa bermain difikiran..
ku takut dia bukan diciptakan untukku..
dia juga takut ku bukan diciptakan untuk dia

ini bermakna hati kami mahu bersatu...
tapi ku tidak mahu hati ini bersatu atas dasar nafsu..
tapi ku mahu bersatu atas nama Tuhan yang Maha Esa..
iaitu Allah SWT....


Ya Allah
ku bermohon kepadaMu..
Kau satukanlah hati-hati kami diatas keredhaanMu..
andai benar dia diciptakan untukku, dan ku diciptakan untuknya
maka Kau jagalah hubungan antara kami..
jagalah hati-hati kami agar terhindar daripada maksiat..
andai sudah tiba masa nya Kau tunjukkan lah kami jalannya..
agar ku dan dia tidak melakukan perkara yang bersalah....
agar kami sentiasa meletakkan cinta yang PERTAMA itu kepadaMu Ya Allah...


Ya Allah
ku bermohon Kau lindungilah kami..
andai dia bukan diciptakan untukku, dan ku bukan diciptakan untuknya
Kau kuatkan hati kami agar dapat menerima ketentuan yang telah ditetapkan olehMu..
padaMu Ya Allah ku mohon segalanya...

untukku redakan keadaan...
lirik ini amat bermakna bagiku...

istikharah memanggilku
memohon petunjukkMu
satu nama teman setia
naluri ku berkata 
dipenantian luahan rasa
teguh satu pilihan 
pemenuh separuh nafasku
dalam mahabbah rindu....


Insyaallah...:-*








Wednesday, May 30, 2012

sudah terjawab PERSOALAN itu..

lama sudah jari-jemari ini tidak merungkaikan sesuatu...
ada sahaja yang sudah terdetik dihati hendak menulisnya tapi jari ini tetap kaku..
mungkin ada hikmah disebaliknya...

dulu pernah jari ini menekan-nekan dipapan kekunci ini mengatakan KENAPA SAYA JOIN USRAH??
persoalan itu amat menikam diri sebenarnya..
namun apakan daya dri ini harus mencari jawapan bagi persoalan itu..
lama sungguh masa yang diberikan oleh Allah SWT untuk dri ini jumpa akan jawapannya..
akhirnya ku temui juga... 
dan JAWAPANNYA ialah..:

                     "MUASOFFAT TARBIYYAH"

Muasoffat Tarbiyyah terdapat 10 perkara didalamnya..

1. Akidah yang sempurnya
2. Ibadah yang sahih
3. Akhlak yang mantap 
4. Luas pengatahuan
5. Sihat tubuh badan
6. Melawan nafsu 
7. Mampu berdikari
8. Sangat menjaga masa
9. Tersusun urusannya
10. Bermanfaat kepada orang lain


akhirnya ketemu juga dengan jawapannya..
perkara-perkara inilah yang diri ini cari sebenarnya apabila join usrah..
bukan sebab hendak makan apa yang dihidangkan dalam usrah bukan juga sebab orang lain pergi dri inni harus pergi juga tapi hendak memberi makanan kepada hati yang dikurniakan oleh Allah SWT ini..

bukan senang hendak menjaga hati sebenarnya..
kadangkala tidak sedar perkara yang dilakukan itu merosakkan hati..
selalu sahaja terfikir tentang ini.. tapi apa USAHA yang dilakukan?
adakaha dri ini sentiasa menjaga hati ini?
dri ini merasakan masih belum dapat menjaga hati dengan sempurna lagi..
masih banyak cacat cela yang harus diperbaiki..

Ya Allah hamba masih berharap agar hamba dapat meletakkan semua perkara yang berlalu terhadapMu Ya Allah....
"INSYAALLLAH"


allah jagalah hati ini...

Saturday, April 14, 2012

sudah ketentuan Takdirnya...

jika kau tahu andai diri ini punya peluang akan ku  berikan..
tapi kurasa peluang itu sudah hilang..
hancur luluh sudah hati ini..
ku pernah memberitahumu dahulu bagaimana diriku ini..
ku tidak bisa menjadi sahabat,teman,kawan yang baik..
ada sahaja yang tidak kena padaku..
ku tahu itu smua kelemahanku.. dri  ini memang tidak layak untuk dijadikan teman. ku tahu ada insan yg boleh terima bersahabat denganku, tapi itu semua tipu belaka.. mereka memang kalau boleh tidak mahu bersahabat denganku... tapi hanya kerana terpaksa..
tapi tidak mengapa ku redha dengan ketentuhan ini,,
memang pernah merasakan kadangkala dri ini keseorangan, tapi itu semua hayalan
ku tahu Allah ada bersamaku..
dri ini seorang yang pemendam rasa.. memang susah untuk meluahkan sesuatu itu..
tapi percayalah dri ini telah cuba sedaya upaya untuk menjad yang terbaik..
tapi tetap juga tidak boleh.
andai mereka memang tidak mahu terimaku lagi tidak mengapa, ku terima semua itu dengan hati yang terbuka walau ada secebis hirisan yang amat sakit ku rasakan.. biarlah dri ini sahaja yang menanggungnya..
memang ini lah ketentuan yang sudah ditakdirkan untukku.. ku terima..
memang susah orang mahu terima.. tapi itulah TakdirNya...

tapi untuk semua tahu dri ini tidak pernah membenci,
andai dri ini memang salah  ku minta maaf..
dri ini hanyalah insan yang lemah dan tidak sempurna..


maafkan driku...

Tuesday, April 3, 2012

kehilangan sesuatu

jiwa ini rasanya masih penuh seperti biasa..
namun ada rasa kehilangan sesuatu...
masih tercari2 apa yang hilang sebenarnya.. namun masih tidak kutemui..

kehilangan yang dulu masih belum dikenal pasti sudah datang yang baru..
Ya Allah apa yang sedang kau uji hambamu ini...???
dri ini tidak dapat mengenalpasti..
lemahnya hambamu ini Ya Allah..
sampaikan apa yang diuji pun x dapat nk cari..

kesedihan dan perselisihan yang berlaku telah pun kembali ceria seperti selalu..
namun apa lagi yang sedang terjadi pada diri ini..
setiap minggu ada sahaja input yang diberi..
tapi mengapa diri ini merasakan ada yang hilang..



ada kemungkinan rasa kehilangan kasih antaranya..
tapi rasa bukan yang itu...

Ya Allah berilah petunjuk kepada hambamu ini..
hambamu masih mencari apa yang hilang itu..
masih mencari dan akan terus mencari..
Ya Allah bantulah hambamu ini..
sesungguhnya segala urusan ku serahkan kepadanMu Ya Allah...